PAYA KERCHUT


PROGRAM BERSAMA WARISAN GLOBAL,PENYELIA PPIK,USAHAWAN,DAN KELAB PPIK

Pada 17/03/2009 pihak Warisan Global Sdn Bhd (WGSB) yang diwakili oleh En Fauzul Amir Musa, Cik Wan Emy Fariza Wan Mehat dan Cik Annisa Abas telah mengadakan lawatan ke PPIK Pekan Pendang.Lawatan ke PPIK ini bertujuan merapatkan hubungan mentor dengan Penyelia PPIK selain berkongsi permasalahan dan berkongsi pengalaman mengenai kejayaan setiap PPIK kawasan lain. Melalui cara ini, penyelia PPIK boleh mengetahui sasaran indeks Pengukur Prestasi atau Kit PerformanceIndeks(KPI).Syarikat yang dilantik itu, Warisan Global Sdn Bhd (WGSB) akan memberi penerangan lebih lanjut kepada komuniti mengenai fungsi PPIK.Wakil WGSB,En Fauzul Amir Musa memberitahu, syarikatnya telah dilantik oleh Maxis sebagai vendor selama 6 bulan sebagai mentor kepada PPIK bagi mendekatkan masyarakat setempat dengan pembangunan terkini.Menurutnya, lawatan ke PPIK itu bertujuan merapatkan hubungan mentor dengan Penyelia PPIK selain berkongsi permasalahan dan berkongsi pengalaman mengenai kejayaan setiap PPIK kawasan lain.Lawatan tersebut merupakan kali pertama di negeri ini dan merupakan pihaknya merupakan mentor PPIK dan turut dihadiri oleh penyelia PPIK seluruh Kedah dan Perlis.Turut diadakan persembahan slaid daripada penyelia PPIK Daerah Pendang berkenaan dengan aktiviti, misi, visi serta objektif PPIK daerah Pendang bagi dikongsi bersama. Fauzul Amir juga memberitahu, lawatan tersebut juga membantu pembangunan kapasiti penyelia dalam menyediakan rangka kerja seperti penglibatan komuniti dan maklumat lain yang diperlukan.Projek keusahawanan bersama komuniti yang bertujuan untuk merapatkan lagi PPIK dengan komuniti turut dirancang dalam usaha mempromosikan lagi peranan PPIK kepada Masyarakat.En Fauzul Amir juga memberitahu , lawatan tersebut juga membantu pembangunan kapasiti penyelia dalam menyediakan rangka kerja seperti penglibatan komuniti dan maklumat lain yang diperlukan.Majlis ini juga turut dihadiri usahawan dari PPIK Paya Kerchut iaitu En Azhar bin Abdul Hamid. Beliau merupakan penternak ikan keli dan lintah. Kami telah pergi melawat tapak projek tersebut di Paya Kerchut.Projek keusahawanan bersama komuniti ini bertujuan untuk merapatkan lagi PPIK dengan komuniti dalam usaha mempromosikan lagi peranan PPIK kepada Masyarakat.
0 Responses