PAYA KERCHUT


Di antara kegiatan penternakan dan pertanian yang dijalankan di Kampung Paya Kerchut ialah penternakan lintah, keli dan tanaman jagung.Kegiatan ini dijalankan oleh anak jati Kampung Paya Kerchut iaitu Azhar Abdul Hamid. Beliau yang baru sahaja mula menternak lintah pada bulan Ogos lalu kini mempunyai kira-kira 12 buah kolah yang diisi kira-kira 1500-2000 ekor lintah untuk setiap kolah. Beliau menjual induk lintah pada harga kira-kira RM 1.50-2.00 seekor (harga boleh dirunding). Menurut beliau, seekor induk lintah mampu sehingga 10 ke 20 ekor lintah.
Lintah-lintah ternakan beliau akan diberi makan belut atau ikan keli tiga hari sekali. Ikan belut atau ikan keli akan diletakkan di dalam sangkar khas sebelum diletakkan ke dalam kolah yang berisi lintah. Lintah-lintah akan menghisap darah belut atau ikan keli sehingga kering. Belut atau ikan keli kebiasaannya akan dihisap darahnya hidup-hidup oleh lintah-lintah. Harga pasaran lintah kini mencecah kira-kira RM120 sekilogram. Menurut pengusahanya, beliau akan menjual lintahnya kepada peraih yang terdapat di sekitar daerah Pendang. Antara produk-produk yang dihasilkan dari bahan berunsur lintah ialah kosmetik dan minyak lintah.Selain itu , beliau juga menternak dan menjual ikan keli.Beliau juga mempunyai ladang jagung.Untuk maklumat lanjut , bolehlah menghubungi beliau ditalian 016-4570647.
PAYA KERCHUT






PAYA KERCHUT


PROGRAM BERSAMA WARISAN GLOBAL,PENYELIA PPIK,USAHAWAN,DAN KELAB PPIK

Pada 17/03/2009 pihak Warisan Global Sdn Bhd (WGSB) yang diwakili oleh En Fauzul Amir Musa, Cik Wan Emy Fariza Wan Mehat dan Cik Annisa Abas telah mengadakan lawatan ke PPIK Pekan Pendang.Lawatan ke PPIK ini bertujuan merapatkan hubungan mentor dengan Penyelia PPIK selain berkongsi permasalahan dan berkongsi pengalaman mengenai kejayaan setiap PPIK kawasan lain. Melalui cara ini, penyelia PPIK boleh mengetahui sasaran indeks Pengukur Prestasi atau Kit PerformanceIndeks(KPI).Syarikat yang dilantik itu, Warisan Global Sdn Bhd (WGSB) akan memberi penerangan lebih lanjut kepada komuniti mengenai fungsi PPIK.Wakil WGSB,En Fauzul Amir Musa memberitahu, syarikatnya telah dilantik oleh Maxis sebagai vendor selama 6 bulan sebagai mentor kepada PPIK bagi mendekatkan masyarakat setempat dengan pembangunan terkini.Menurutnya, lawatan ke PPIK itu bertujuan merapatkan hubungan mentor dengan Penyelia PPIK selain berkongsi permasalahan dan berkongsi pengalaman mengenai kejayaan setiap PPIK kawasan lain.Lawatan tersebut merupakan kali pertama di negeri ini dan merupakan pihaknya merupakan mentor PPIK dan turut dihadiri oleh penyelia PPIK seluruh Kedah dan Perlis.Turut diadakan persembahan slaid daripada penyelia PPIK Daerah Pendang berkenaan dengan aktiviti, misi, visi serta objektif PPIK daerah Pendang bagi dikongsi bersama. Fauzul Amir juga memberitahu, lawatan tersebut juga membantu pembangunan kapasiti penyelia dalam menyediakan rangka kerja seperti penglibatan komuniti dan maklumat lain yang diperlukan.Projek keusahawanan bersama komuniti yang bertujuan untuk merapatkan lagi PPIK dengan komuniti turut dirancang dalam usaha mempromosikan lagi peranan PPIK kepada Masyarakat.En Fauzul Amir juga memberitahu , lawatan tersebut juga membantu pembangunan kapasiti penyelia dalam menyediakan rangka kerja seperti penglibatan komuniti dan maklumat lain yang diperlukan.Majlis ini juga turut dihadiri usahawan dari PPIK Paya Kerchut iaitu En Azhar bin Abdul Hamid. Beliau merupakan penternak ikan keli dan lintah. Kami telah pergi melawat tapak projek tersebut di Paya Kerchut.Projek keusahawanan bersama komuniti ini bertujuan untuk merapatkan lagi PPIK dengan komuniti dalam usaha mempromosikan lagi peranan PPIK kepada Masyarakat.
PAYA KERCHUT





ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI DI PULAU TUBA
PAYA KERCHUT
Antara-antara aktiviti di Pulau Tuba

PAYA KERCHUT
BENGKEL LATIHAN ICT DI PULAU TUBA

Pada 13/03/2009 - 15/03/2009 pihak JKKK Kampung Kepala Bukit telah menjemput pihak Maxis (PPIK) untuk menyertai program anak angkat di Pulau Tuba, Langkawi. Oleh itu, pihak Maxis telah memilih 5 PPIK untuk menyertai program tersebut. Antara PPIK yang terlibat ialah PPIK Pekan Pendang, PPIK Hujung Bandar, PPIK Paya Kerchut, PPIK Kepala Bukit dan PPIK Padang Lalang.
Kami mengadakan Program 'Jom Belajar Internet'. Pihak Maxis telah menyediakan laptop untuk kegunaan penduduk kampung Pulau Tuba. Seramai 550 orang peserta yang menyertai bengkel tersebut. Program ini bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 1.00 petang. Pada sebelah petang dan malam kami juga mengadakan lawatan dari rumah ke rumah penduduk Pulau Tuba sambil mengajar Internet.
Selain Maxis, wakil NGO lain juga terlibat dalam program ini. Antaranya Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah, dan Jabatan Kesihatan Kuah, Langkawi. Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya Forum Khas, pemeriksaan kesihatan,sukaneka,dan gotong royong.
Walaupun masa yang kami ada begitu singkat, kami mendapat galakan dari penduduk kampung.Mereka dapat mempelajari internet dengan baik walaupun hanya dalam masa yang singkat. Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak JKKK Kampung Kepala Bukit keran menjemput kami untuk menyertai program tersebut. Kepada penduduk Pulau Tuba, terima kasih diucapkan kerana memberikan layanan yang baik dan memberikan kerjasama kepada kami.