PAYA KERCHUT
Pada 18/02/2009 dan 19/02/2009 kami dari PPIK Pekan Pendang, PPIK Paya Kerchut, PPIK Sg Tiang dan PPIK Hujung Bandar telah mengadakan bengkel latihan ICT untuk pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Islah Pendang, Kedah. Seramai 500 pelajar temasuk guru-guru telah menyertai bengkel tersebut.


Pihak Maxis telah menyediakan 20 laptop untuk kegunaan bengkel tersebut. Kami menganjurkan bengkel tersebut selama 2 hari iaitu hari rabu dan khamis. Bengkel tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 2.00 petang. Kami mengadakan 3 sesi iaitu pada hari rabu dari 8.00 pagi - 9.30 untuk tingkatan 1, 9.30 - 11.00 untuk tingkatan 2, dan dari 12.00 - 2.00 petang untuk tingkatan 3. Pada hari Khamis, juga 3 sesi iaitu dari 8.00 pagi - 9.30 (tingkatan 4), 9.30 - 11.00 (tingkatan 6) dan 12.00 - 2.00 (tingkatan 5).
PAYA KERCHUT

BENGKEL ICT SEKOLAH AGAMA ISLAH 18/2/2009-19/2/2009
PAYA KERCHUT

Ternakan Lintah

Di antara kegiatan penternakan yang dijalankan di Kampung Paya Kerchut ialah penternakan lintah. Kegiatan ini dijalankan oleh anak jati Kampung Paya Kerchut iaitu Azhar Abdul Hamid. Beliau yang baru sahaja mula menternak lintah pada bulan Ogos lalu kini mempunyai kira-kira 21 buah kolah yang diisi kira-kira 1000 ekor lintah untuk setiap kolah. Beliau memperoleh induk lintah pada harga kira-kira 80sen seekor. Menurut beliau, seekor induk lintah mampu sehingga 10 ke 20 ekor lintah.
Lintah-lintah ternakan beliau akan diberi makan belut atau ikan keli tiga hari sekali. Ikan belut atau ikan keli akan diletakkan di dalam sangkar khas sebelum diletakkan ke dalam kolah yang berisi lintah. Lintah-lintah akan menghisap darah belut atau ikan keli sehingga kering. Belut atau ikan keli kebiasaannya akan dihisap darahnya hidup-hidup oleh lintah-lintah. Harga pasaran lintah kini mencecah kira-kira RM120 sekilogram. Menurut pengusahanya, beliau akan menjual lintahnya kepada peraih yang terdapat di sekitar daerah Pendang. Antara produk-produk yang dihasilkan dari bahan berunsur lintah ialah kosmetik dan minyak lintah.
PAYA KERCHUT


PPIK Pekan Pendang, Paya Kerchut dan Hujung Bandar telah mengadakan Bengkel Latihan ICT untuk Komuniti untuk Penghulu, Tuan-tuan Iman, JKKK, JKKKP, MKK, dan belia-belia kampung bagi kawasan Pendang, Kedah. kami mengadakan bengkel tersebut selama 2 hari dari tarikh 20/01/2009 sehingga 22/01/2009. bengkel tersebut di adakan di Pejabat Daerah Pendang.